Budaya ilmu
sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Hal ini kerana budaya ilmu
dapat memberi sumbangan kepada semua pihak.
Sebagai contoh, budaya ilmu dapat menjadikan seseorang yang bijak dan
dapat memajukan negara. Sekiranya budaya ilmu itu tidak diamalkan,masyarakat
tidak dapat melahirkan seorang pemimpin. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik
anak-anak agar mengamalkan budaya ilmu.
Peranan yang pertama ialah ibu bapa
hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak akan
menjadikan ibu bapa sebagai idola. Sekiranya ibu bapa membaca buku bersama-sama
anak-anak, mereka dapat meminati budaya ilmu.Oleh itu, ibu bapa haruslah
menjadi idola kepada anak-anak.
Peranan yang kedua ialah ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk
menyertai lawatan sambil belajar.Hal ini kerana, ilmu yang diperoleh melalui
pemerhatian dan pengalaman akan diingati sampai bila-bila. Selain itu, mereka
akan mendapat pengalaman. Contohnya, dengan mengikuti lawatan ke universiti,
mereka akan dapat pengetahuan dan menghilangkan tekanan sewaktu
belajar.sekiranya mereka tidak mengikuti lawatan ini, mereka dapat ilmu dan
pengalaman. Oleh itu, ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk mengikuti
lawatan sambil belajar.
Peranan yang ketiga ialah ibu bapa
haruslah mengajar dan membantu anak-anak untuk menjawab latihan kerja sekolah
dan untuk selesaikan masalah. Hal ini kerana, ibu bapa lebih mengetahui dan
mempunyai banyak ilmu.selain itu, keputusan peperiksaan anak-anak dapat
dibaiki. Contohnya, ibu bapa hendaklah membantu anak-anak ketika mereka membuat
kerja rumah. Sekiranya ibu bapa tidak menolong, anak-anak akan terbiar dan
tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang
diberikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengajar dan membantu anak-anak dalam
menyelesaikan masalah.
Kesimpulannya, peranan ibu bapa
sangat penting untuk mendidik anak-anak agar mereka suka akan budaya ilmu. Bak
kata peribahasa kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik
anak-anak dengan budaya ilmu supaya mereka cemerlang, gemilang dan terbilang.
0 comments :
Post a Comment